Wahai anak!
Memberi nasihat itu senang, manakala menerimanya adalah sulit. Kerana, pahit bagi hawa nafsu yang memang menyukai perkara perkara terlarang. Terutama di kalangan para penuntut ilmu, kerana terlalu sibuk mencari kebesaran diri dan kemegahan duniawi. Ia menyangka dalam ilmu itu terkandung keselamatan dan kebahagian dan ia juga menyangka ia tidak perlu beramal. Inilah kepercayaan yang salah!
Ia tidak sedar bahawa, ia akan dipertanggungjawabkan dengan ilmu yang ia miliki. Seperti sabda Nabi SAW "orang yang berat menanggung seksa di hari Akhirat kelak adalah orang yang berilmu namun tidak mendapat menfaat dari ilmunya".

Allah mengajar kita sebagai hamba dan khalifahnya di bumi ini supaya tidak
takabbur dengan diri kita, bukan sahaja dalam bab keilmuan bahkan dalam setiap
aspek kehidupan kita. Kerana setiap ilmu itu datangnya dari Allah dan Dialah
berkuasa mutlak ke atas diri kita, tiada sesuatupun yang kita miliki melainkan
milik Allah. Bagi setiap yang berilmu ada lagi orang yang lebih berilmu dan
lebih tinggi tahap keilmuannya.
Sebagaimana firman Allah dalam surah Yusuf ayat
76:
نَرْفَعُ دَرَجَاتٍ مَّن نَّشَاءُ ۗ وَفَوْقَ كُلِّ ذِي عِلْمٍ عَلِيمٌ
Kami tinggikan pangkat kedudukan sesiapa yang Kami kehendaki, dan tiap-tiap orang yang berilmu pengetahuan, ada lagi di atasnya yang lebih mengetahui.
Apa yang termaktub dalam Al-Quran itu sudah pasti kebenarannya. Jika kita rasa diri kita memiliki ilmu yang tinggi..pasti ada orang lain yang lebih tinggi ilmunya dari kita...Itu firman Allah.
Oleh itu...sentiasa muhasabah diri, bersyukur dengan nikmatp emberianNya, elakkan dari sifat bongkak dan harus sentiasa merendah diri kerana apa yang kita miliki ini adalah hak dan pemberian dari Allah.
No comments:
Post a Comment