Pesona Wisata kampung kelahiran Buya Hamka
Pencinta dunia kesusasteraan yang kemudiannya menceburkan diri dalam politik, akhirnya berundur daripada di jawatan Pengerusi Majlis Ulama Indonesia apabila Kerajaan Suharto tidak berkenan dengan fatwa yang dikeluarkannya mengenai larangan terhadap umat Islam menyambut perayaan Natal.
Hubungan pemerintah Indonesia dengan Majelis Ulama Indonesia (MUI) pernah panas disebabkan MUI mengeluarkan fatwa bahawa haram hukum bagi umat Islam mengucapkan selamat hari Natal dan menghadiri perayaannya.
Pemerintah menganggap fatwa itu mengganggu keharmonian masyarakat berbilang kaum dan agama. Lebih tegas lagi, hal tersebut merosak toleransi hubungan antara agama. Sebab itu, Suharto, Presiden Indonesia pada itu masa meminta kepada Prof. Hamka atau lebih mesra dengan panggilan Buya Hamka yang pada masa itu menjawat jawatan Ketua MUI, mencabut fatwa berkenaan.
Tetapi Hamka, yang nama penuhnya Prof. Dr. Haji Abdul Malik Karim Amrullah, tetap berpegang kukuh pada pendiriannya. Bagi ulama yang juga seorang sasterawan ini, yang benar harus dikatakan sebagai benar. Dan sebaliknya, yang batil harus dikatakan batil. Apa pun risiko yang terpaksa dihadapinya.
Bahkan ia menyatakan lebih baik berundur daripada Ketua Umum MUI daripada memansuhkan mencabut fatwa itu. Senario yang berlaku akhirnya demikian. Apabila tekanan daripada pemerintahan Suharto semakin kuat, Hamka memilih meletakkan jawatan yang disandangnya (l981).
Keputusan itu adalah cerminan sikap bertanggungjawabnya yang tidak mahu umat Islam terjerumus dalam kesesatan. Ini kerana trend menyambut perayaan Natal secara bersama sedang berleluasa di tengah-tengah masyarakat. Atas alasan untuk mengukuhkan hubungan toleransi beragama, banyak ummat Islam yang terbabit sama.Padahal, menurut Hamka, perayaan Natal itu sesungguhnya termasuk peribadatan agama Nasrani.
Dan apabila sudah masuk dalam ibadah, ummat Islam sepatutnya tidak mengikutinya. Atas dasar itu Majlis Fatwa MUI mengeluarkan fatwa haram hukumnya bagi ummat Islam mengikuti perayaan Natal agama Nasrani.Dasar pertimbangannya adalah pertama, umat Islam tidak boleh mencampur adukkan akidah dan ibadah Islam dengan akidah dan ibadah agama lain (QS Al Kaafiruun 1-6 dan Al-Baqarah 42).
Kedua, ummat Islam harus mengikuti/meyakini atas kenabian dan kerasulan Isa bin Maryam (QS Maryam 30-32, Al-Maidah 75, dan Al-Baqarah 285). Ketiga, yang berkeyakinan bahawa Tuhan lebih dari satu dan Isa Al-Masih itu anak Tuhan, adalah orang kafir dan musyrik. (Al-Maaidah 72-73, dan At-Taubah 30). Keempat, Nabi Isa pun tidak mendakwakan dirinya sebagai anak Allah (Al-Maidah 116-118).
Kelima, Islam mengajarkan bahawa Allah SWT hanya satu (QS. Al-Ikhlaas ayat 1-4). Keenam, Islam mengajarkan agar ummatnya menjauhkan diri daripada hal-hal yang syubhah (samar-samar) dan hal yang dilarang Allah, serta mendahulukan hal-hal yang menolak kerosakan daripada yang mendatangkan kemaslahatan.
Selama kepemimpinan Hamka, MUI dikenali sebagai institusi ulama yang tegas dan tidak memihak kepada golongan tertentu, malah menjadi institusi yang berperanan memberikan teguran dan bimbingan kepada pemerintah. Hamka dengan tegas menolak keinginan pemerintah untuk menguasai setiap keputusan yang bakal diambil MUI.
Bersambung...
No comments:
Post a Comment