Wednesday 3 August 2011

Kereta Api Terlaju Di Dunia...Di mana?


Jepun merupakan peneraju dalam teknologi kereta api kelajuan tinggi, dan telah membuka landasan kereta api kelajuan tinggi pertama di dunia pada tahun 1964. Jepun memulakan perkhidmatan kereta api kelajuan tinggi dengan memperkenalkan Tokaido Shinkansen “bullet train” yang mempu mencapai kelajuan sehingga 160mph dan telah menjadi jaringan kereta api paling sibuk di dunia, 378 000 penumpang setiap hari.

Kereta Api Maglev telah mula dibangunkan pada tahun 1970an. Pihak kerajaan telah meluluskan plan yang menelan belanja sebanyak $112 billion yang menghubungkan Tokyo, Nagoya dan Osaka yang dijangka siap pada tahun 2027. JR-Maglev MLX01 yang masih lagi dalam ujian telah memecahkan rekod dan menjadi kereta api paling pantas di dunia pada tahun 2003.

Bila la...Malaysia nak buat bullet train ni?dari Pjaya-> Seremban->Melaka->Johor. Kan best kalau ada...

No comments:

Post a Comment