Hurmm...cakap pasal isu ni...aku teringat masa aku form 3...aku baca kisah Bukit Merah dari surat khabar The Star. Aku memang minat sains and aku simpan artikel Bukit Merah tu sekian lama...
Haru jugak baca kisah penduduk kat sana...sebab memang ada effect pada penduduk setempat. Kisah Bukit Merah berlanjutan sampai beberapa tahun...tak silap aku mencapai jugak berbelas tahun barulah kilang di Bukit Merah tu ditutup.
Paling aku terganggu...pihak2 yang tamak haloba ni...dengan terang mengatakan operasi kilang tersebut tiada effect padahal...at the end...memang terbukti ianya meninggalkan effect dari segi kesihatan pada penduduk setempat.
Salam kagum aku pada penduduk Bukit Merah yang terlibat dengan isu tu yang tak putus2 berusaha demi kepentingan mereka dan anak cucu mereka.
Kebimbangan radiasi menular di Gebeng
Pekan industri Gebeng berhampiran Kuantan bakal menyaksikan pusat pemprosesan tanah jarang (rare earth) yang paling besar di dunia, menurut laporan akhbar harian Amerika, the New York Times (NYT).

Pusat penapiasan bernilai RM700 juta itu sedang dibina oleh syarikat Australia, Lynas Corp. Mereka akan menghantar tanah jarang yang dilombong di barat negara itu di Mount Weld dengan kapal.
Ini adalah percubaan kedua Malaysia dalam penapisan tanah jarang, kali pertama menimbulkan kontroversi dan bantahan apabila ia cuba didirikan di Bukit Merah, Perak pada sekitar 1980an.

Katanya, bijih yang diimport dan sisa tanah itu akan mempunyai tahap radiasi yang rendah dan mampu dikendalikan dengan selamat.
“Kami telah mempunyai pengalaman dan tiada sesiapa yang akan diberikan sebarang kebebasan,” kata Raja Adnan yang merujuk kepada Bukit Merah.

“Perkataan 'rendah' adalah semata-mata persepsi - ia adalah karsinogen,” katanya kepada NYT.
Di sebalik kebimbangan itu, kerajaan Malaysia cukup cenderung agar pusat pemprsosesan Lynas itu dibina dan telah menawarkan taraf perintis selama 12 tahun.
nak balik kg kena lalu kilang ni...
ReplyDelete