Friday, 19 August 2011

Karakter Scorpio


Panjang Akal, Pendiam, Pendendam, Gigih, Tekun
Nomor Keberuntungan : 2, 9, 16, 27, 32, 47
Aroma Keberuntungan : Lada Hitam, Kopi, Kayu Pinus, Bunga Sedap Malam
Planet Yang Mengitari : Mars & Pluto
Bunga Keberuntungan : Tumbuh-Tumbuhan Yg Berduri
Warna Keberuntungan : Merah Tua
Batu Keberuntungan : Batu-Batuan Yang Berwarna Merah Darah
Elemen Keberuntungan : Air


Pasangan Serasi : Taurus
Para scorpio merupakan orang yang giat, emosional dan posesif. Mereka suka bekerja keras dan perfeksionis; mereka selalu melihat hidup dari sisi pahitnya. Mereka tidak menyukai kelemahan baik dalam diri mereka sendiri maupun dalam diri orang lain. Mereka sangat dermawan dan penuh kasih dan selalu membela kaum yang lemah. Mereka pandai menyimpan rahasia dan memiliki insting yang kuat. Daya tariknya ada pada tatapan matanya yang dapat menarik orang dengan kekuatan magnetiknya. Scorpio dapat menjadi orang yang setia, namun juga musuh yang berbahaya. Mereka pribadi yang penuh etika dan berpegang teguh pada peraturan yang mereka yakini dalam hidup mereka. Sikapnya yang penolong, setia membuat orang yang mengenalnya merasa beruntung berada di pihaknya. Jika kamu berada di pihak yang berlawanan dengannya, maka ia akan menjadi musuh yang pendendam dan kejam. Sedikit orang yang bisa menyadari kemampuan sejati scorpio karena sikapnya yang pendiam dan rendah hati terhadap apa yang telah mereka capai. Mereka orang yang selalu menepati janjinya dan jarang menarik kembali kata-kata yang telah terucap dari mulut mereka. Mereka pengamat yang cermat dan pandai mengukur situasi. Mereka tidak pernah terlibat dalam situasi tanpa persiapan yang matang, maka dari itu mereka selalu menjadi pesaing yang tangguh. Mereka selalu bersedia menolong yang lemah, penuh informasi dan pandai menjaga rahasia.

Asmara para Scorpio
: Scorpio adalah zodiak yang paling perasa. Mereka penuh gairah, setia dan sangat romantis. Mereka tidak akan terlibat dalam suatu hubungan tanpa penyelidikan terlebih dahulu untuk mengetahui apakah pilihannya itu merupakan pribadi yang setia dan jujur. Bila iya, maka ia akan menunjukkan sisi pribadi yang selama ini dia sembunyikan. Mereka sangat pencemburu jika menemukan sesuatu yang dicurigai tanpa alasan yang kuat. Tidak ada yang dapat menyakiti Scorpio kecuali perasaan dicurangi dan dikhianati oleh pasangannya.

Wednesday, 10 August 2011

Larangan Terhadap Umat Islam Menyambut Perayaan Natal.

Pertama sekali...saya ingin berterima kasih pada pemilik blog http://kini2u.com/v1/2009/11/kisah-hidup-ulama-agung-prof-hamka/ . Mohon permisi untuk mengulang cetak isinya...semoga Allah permudahkan urusan anda dan melimpahkan rezeki yang barakah.

Pesona Wisata kampung kelahiran Buya Hamka

Pencinta dunia kesusasteraan yang kemudiannya menceburkan diri dalam politik, akhirnya berundur daripada di jawatan Pengerusi Majlis Ulama Indonesia apabila Kerajaan Suharto tidak berkenan dengan fatwa yang dikeluarkannya mengenai larangan terhadap umat Islam menyambut perayaan Natal.

Hubungan pemerintah Indonesia dengan Majelis Ulama Indonesia (MUI) pernah panas disebabkan MUI mengeluarkan fatwa bahawa haram hukum bagi umat Islam mengucapkan selamat hari Natal dan menghadiri perayaannya.

Pemerintah menganggap fatwa itu mengganggu keharmonian masyarakat berbilang kaum dan agama. Lebih tegas lagi, hal tersebut merosak toleransi hubungan antara agama. Sebab itu, Suharto, Presiden Indonesia pada itu masa meminta kepada Prof. Hamka atau lebih mesra dengan panggilan Buya Hamka yang pada masa itu menjawat jawatan Ketua MUI, mencabut fatwa berkenaan.
Tetapi Hamka, yang nama penuhnya Prof. Dr. Haji Abdul Malik Karim Amrullah, tetap berpegang kukuh pada pendiriannya. Bagi ulama yang juga seorang sasterawan ini, yang benar harus dikatakan sebagai benar. Dan sebaliknya, yang batil harus dikatakan batil. Apa pun risiko yang terpaksa dihadapinya.

Bahkan ia menyatakan lebih baik berundur daripada Ketua Umum MUI daripada memansuhkan mencabut fatwa itu. Senario yang berlaku akhirnya demikian. Apabila tekanan daripada pemerintahan Suharto semakin kuat, Hamka memilih meletakkan jawatan yang disandangnya (l981).
Keputusan itu adalah cerminan sikap bertanggungjawabnya yang tidak mahu umat Islam terjerumus dalam kesesatan. Ini kerana trend menyambut perayaan Natal secara bersama sedang berleluasa di tengah-tengah masyarakat. Atas alasan untuk mengukuhkan hubungan toleransi beragama, banyak ummat Islam yang terbabit sama.Padahal, menurut Hamka, perayaan Natal itu sesungguhnya termasuk peribadatan agama Nasrani.

Dan apabila sudah masuk dalam ibadah, ummat Islam sepatutnya tidak mengikutinya. Atas dasar itu Majlis Fatwa MUI mengeluarkan fatwa haram hukumnya bagi ummat Islam mengikuti perayaan Natal agama Nasrani.Dasar pertimbangannya adalah pertama, umat Islam tidak boleh mencampur adukkan akidah dan ibadah Islam dengan akidah dan ibadah agama lain (QS Al Kaafiruun 1-6 dan Al-Baqarah 42).

Kedua, ummat Islam harus mengikuti/meyakini atas kenabian dan kerasulan Isa bin Maryam (QS Maryam 30-32, Al-Maidah 75, dan Al-Baqarah 285). Ketiga, yang berkeyakinan bahawa Tuhan lebih dari satu dan Isa Al-Masih itu anak Tuhan, adalah orang kafir dan musyrik. (Al-Maaidah 72-73, dan At-Taubah 30). Keempat, Nabi Isa pun tidak mendakwakan dirinya sebagai anak Allah (Al-Maidah 116-118).

Kelima, Islam mengajarkan bahawa Allah SWT hanya satu (QS. Al-Ikhlaas ayat 1-4). Keenam, Islam mengajarkan agar ummatnya menjauhkan diri daripada hal-hal yang syubhah (samar-samar) dan hal yang dilarang Allah, serta mendahulukan hal-hal yang menolak kerosakan daripada yang mendatangkan kemaslahatan.

Selama kepemimpinan Hamka, MUI dikenali sebagai institusi ulama yang tegas dan tidak memihak kepada golongan tertentu, malah menjadi institusi yang berperanan memberikan teguran dan bimbingan kepada pemerintah. Hamka dengan tegas menolak keinginan pemerintah untuk menguasai setiap keputusan yang bakal diambil MUI.

Bersambung...

Tuesday, 9 August 2011

Leader

Hamka memberikan pendapat bahawa orang beradab pasti pandai menghormati keyakinan orang lain,walaupun dia sendiri tidak sesuai dengan keyakinan itu. Lantas..itulah yang perlu difikirkan oleh anda yang bergelar pemimpin.

Monday, 8 August 2011

Kegagalan Adalah Keberhasilan Yang tertunda


Hari ini, ada isu pasal kegagalan. Aku pun pernah gagal...beberapa kali...dan gagal yang paling aku ingat sampai hari ini adalah masa aku kena repeat subject programming C++ masa part 2. Aku nangis jugak la terduduk masa dapat result tu. Then aku fikir balik...aku banyak main ms part 2. Belajar nye sikit je...

Main sesama...masa exam...member sume lepas...aku sorang je kantoi. Mana taknya. Sedih woo...Pastuh...aku terus jadi serius...menggunakan tagline "Mesnyesal Dahulu Pendapatan, Menyesal Kemudian Tak Berguna"...aku kerja keras. Bangun pepagi seawal jam 5 aku study. Member sebilik tengok pun seram sejuk. Buku C++ tu...aku boleh baca dari awal sampai habis..haha...macam belajar sejarah.

Alhamdulillah...aku dapat keputusan memberangsangkan...dapat A+ subjek tu dan dapat DL untuk sem tu. Semuanya bergantung pada usaha kita. Usaha tangga kejayaan..

Okla...sedikit kata-kata :

Jangan pernah berkecil hati jika saat ini kegagalan berpihak kepada Anda. Karena kegagalan itu hanya keberhasilan yang tertunda. -Ferdi Aldianova

Wednesday, 3 August 2011

Kereta Api Terlaju Di Dunia...Di mana?


Jepun merupakan peneraju dalam teknologi kereta api kelajuan tinggi, dan telah membuka landasan kereta api kelajuan tinggi pertama di dunia pada tahun 1964. Jepun memulakan perkhidmatan kereta api kelajuan tinggi dengan memperkenalkan Tokaido Shinkansen “bullet train” yang mempu mencapai kelajuan sehingga 160mph dan telah menjadi jaringan kereta api paling sibuk di dunia, 378 000 penumpang setiap hari.

Kereta Api Maglev telah mula dibangunkan pada tahun 1970an. Pihak kerajaan telah meluluskan plan yang menelan belanja sebanyak $112 billion yang menghubungkan Tokyo, Nagoya dan Osaka yang dijangka siap pada tahun 2027. JR-Maglev MLX01 yang masih lagi dalam ujian telah memecahkan rekod dan menjadi kereta api paling pantas di dunia pada tahun 2003.

Bila la...Malaysia nak buat bullet train ni?dari Pjaya-> Seremban->Melaka->Johor. Kan best kalau ada...

Friday, 22 July 2011

my first homemade oreo cheese cake


gambar kat atas ni oreo cheese cake...w/pun ruper dia tak seberapa tapi rasa dia alhamdulillah...tima kasih pada kak ummi yang empunya resipi... http://ummizaihadi-homesweethome.blogspot.com/2010/06/oreo-cheesecake-resepi-ii.html

Monday, 18 July 2011

Happiness

Semalam (on Saturday actually)...my hubby keje..so aku duk umah with my two lovely heroes. While they're busy with their activities such as...play and play and play...i continued my routine such as washing clothes (with the help of my washing machine of course!),making breakfast which is goreng mee hoon and syukur alhamdulillah...my heroes just like it, sidai baju, kemas rumah...yang of course akan bertahan lebih kurang 10 ke 20 minit,kemas dapur, finishing my first home made pizza...which is..ermm..not so good but its ok to eat..

And by 2.30 in the evening after finishing our lunch...i take a seat and watch tv. Nak dijadikan cerita...disebabkan tv kami hanya dapat tv1, tv2 dan tv3...the most entertaining series to watch at that particular time is hindi film. I cant remember the title...i dont know actually...but this story have something that we can share of. Haha...my english is quite bad isn't it??

Filem tu mengisahkan pasal sorang anak muda yang ada talent dalam bisnes tapi dia gunakan anugerah tu dengan buat perniagaan yang salah. Dia dan 3 lagi member mulakan perniagaan jual kasut and mereka dapat untung yang banyak sebab pandai curi tax. One day...his father caught him masa tengah sembunyikan duit...and ayah dia dapat tahu yang he did an illegal business. Ayah dia nasihatkan dia tapi dia still do the same. And then dia berhijrah ke u.s and further his business there. Bla...bla..bla...at the end..sepandai-pandai tupai melompat akhirnya jatuh ke tanah juga. This film is quite silly but...it's ok la to watch.

Aku suka masa scene ayah dia terima anugerah masa pencen. Ayah dia dah berkhidmat selama 25 tahun. Kehidupan ayah dia biasa2 je...tapi ayah dia rasa sangat bahagia sebab selama 25 tahun dia kerja...dia lakukannya dengan bersungguh2...and ayah dia rasa ayah dia adalah orang yang paling bahagia dan kaya di dunia kerana memilik sebuah keluarga yang sangat bahagia. Then masa tu baru anak dia sedar yang kekayaan tak akan menjamin kebahagiaan seseorang.

Ok...tu je untuk hari ni...ada sedikit kata2 hikmah dari seorang pemikir tersohor...

Kalau nyata bahawa harta benda tidak dapat menangkis sakit,tidak dapat menolak demam, tidak dapat menghindarkan maut, nyatalah bahawa kesusahan yang menimpa orang kaya, serupa dengan kesusahan yang menimpa orang miskin. (Hamka).